Semenjak saya membesar dan lihat kehidupan di kampung, pekan, bandar kecil sampai ke metropolitant, budaya lepak ini macam tidak akan pupus.
Ke mana saja kita pergi, pasti kita nampak ada saja orang
lepak, sama ada 2 – 3 orang atau lebih. Kadang-kadang ada satu meja di mana ada 6-10 orang.
Bukan saja di Sarawak, di mana-mana negara lain pun sama saja…tetapi
untuk topik ini, saya hanya focus kepada budaya lepak di Sarawak.
Budaya lepak tidak semestinya tidak baik untuk manusia, bahkan
budaya lepak inilah yang menjadi penyambung hidup untuk banyak manusia. Tanpa budaya
lepak ini, mungkin ramai orang akan mudah sakit dan hidup tidak aman. Sesiapa yang masih ada mood lepak dengan kawan-kawan bermakna orang itu tidak sakit atau tidak mempunyai masalah. Contohnya, orang yang suka pau kawan-kawan atau kaki
tipu tidak akan lepak di kedai sebab mereka risau takut-takut nanti kena pukul
dari belakang !
Kadang-kadang kita fikir orang yang melapak dengan kawan-kawan di kedai kopi sebagai insan yang kurang berguna, tetapi bagi saya, orang yang melapak terang-terang itulah orang yang mungkin lebih berguna dan banyak gunanya kepada masyarakat. They are available, when you need help, likely they will be there !.
Tanpa mereka yang lepak di kedai kopi, mungkin roh kedai kopi itu pun lari dan kedai kopi pun tidak ada pengunjung, no business. Oleh kerana ada orang melepak di kedai kopi, orang lain pun tengok dan mungkin tertarik juga untuk melanggani kedai itu. Paling kurang datang duduk minum kopi dan order mee kolok.
Manafaat Lepak di Kedai Kopi
Dari sudut yang paling berguna, sebenarnya ramai orang akan mendapat manfaat daripada lepak di kedai kopi. Di situlah kadang-kadang tercetus
idea-idea untuk membuat sesuatu. Lepak itu bukan sekadar melihat orang lalu-lalang, tetapi tempat untuk berfikir, sekiranya ada topik-topik menarik yang berkaitan dengan perniagaan, politik, dan lain-lain seperti belajar cara-cara untuk menggunakan aplikasi handphone, komputer atau mesin/peranti yang lain selain daripada mendapat cerita atau berita tentang hal-ehwal semasa. Kadang-kadang senang untuk mencari penyambung talian sosial atau kontek lain.
Generasi Lama dan berpencen
Bagi generasi lama atau yang sudah berpencen, budaya lepak
bukan sekadar membuang masa. Ia sebahagian daripada kehidupan sosial
masyarakat. Di situlah hubungan persahabatan dijaga. Orang saling bertanya
khabar, berkongsi masalah dan kadang-kadang mencari ketenangan selepas seharian
bekerja. Ia juga menjadi tempat "escapism" bagi yang bosan… malah (mungkin) ia bertindak sebagai terapi kemurungan hidup...tidak perlu susah payah ke hospital pakar terapi.
Perubahan cara lepak dari 20 tahun dulu
Namun begitu, perubahan tetap berlaku. Telefon pintar mula
menggantikan perbualan. Ada meja yang dahulu bising dengan gelak ketawa, kini
lebih sunyi kerana masing-masing melihat skrin sendiri, tetapi itu semua
bergantung kepada kumpulan-kumpulan pelepak tertentu
Ada kumpulan yang lepak dengan penuh riang-ria dan ada juga
yang sunyi. , ada juga yang sunyi sepi sebab sebuk cari nombor 4D apa mahu dibeli.
Tetapi walaupun dunia semakin sibuk dan moden, budaya lepak
di Sarawak nampaknya masih bertahan dan tidak akan pupus. Selagi ada istilah politik masih segar, selagi itulah budaya lepak akan terus-menerus. Selagi masih ada kedai kopi, ada kopi O, teh O panas,
dan orang yang suka berbual santai, budaya ini mungkin tidak akan mati begitu
sahaja. Bagi yang minum beer, kalau jam sudah macam OK, mereka order beer sambil
lepak dan sambung cerita. Kumpulan-kumpulan yang macam ini yang selalu happening sebab otak sudah menjadi bijak serta-merta!
Lepas order beer, tentu akan order makanan seperti ayam rebus
halia, kaki ayam goreng, dan lain lain. Tetapi sebelum itu, mungkin ada kawan yang sudah beli ikan dan menyimpan di peti ais kedai di mana pekedai akan masak untuk mereka makan terus.
Kaum Pelepak
Kebanyakan kaki lepak ini terdiri daripada kaum lelaki, tidak kira apa bangsa atau agama, dan kita tidak hairan jika kaum wanita kurang suka lepak berjam-jam di kedai kopi. Kaum wanitu lebih suka lepak di tempat membeli-belah seperti super market yang mempunyai penghawa dingin dan suasana yang lebih teratur dan tidak panas.
Terjebak dengan budaya lepak
Saya sendiri terjebak juga dengan lepak-lepak ini..Cuma saya biasanya tidak akan lepak berjam-jam dari pagi sampai ke tengah hari atau dari tengah hari sampai ke lewat petang atau malam. Kalau saya duduk di kedai kopi dengan kawan-kawan yang lepak di situ, saya akan tengok jam dan paling lama saya lepak dengan kumpulan di kedai kopi adalah satu jam. Saya tidak tahan duduk bercerita di kedai kopi lebih dari
satu jam kecuali dalam keadaan tertentu.
Bagi orang yang berpandangan kurang baik terhadap pelepak di kedai kopi, jangan salah anggap, mungkin masa anda akan tiba juga untuk melepak macam pelepak di kedai kopi. Masing-masing ada cara tersendiri macam mana orang menjalani kehidupan seharian.

Ulasan
Catat Ulasan